Thursday 4 August 2011

ARGHHH... LELAKI

Adam diciptakan Allah untuk menjadi khalifah bagi Hawa. aku terima hakikat itu. Tapi, hakikatnya pada zaman sekarang, kenapa terlalu susah untuk aku mencari lelaki yang boleh memegang 'title' khalifah itu. seboleh-bolehnya aku tak nak melaungkan bahawa aku benci pada lelaki. Bukan kerana aku kategori 'lesbian', astagfirullah hal azim.... nauzubillah, mintak simpang.. iman aku masih kuat untuk aku menjadi seperti kaum Nabi Lut. 

Cuma, apa yang menyebabkan aku rasa macam tu sekarang ni membuatkan hati aku seolah-olah menjerit untuk aku mengatakan aku benci lelaki. contoh yang ada depan mata aku mungkin membuatkan aku berperasaan begitu. kenapa nak melayan perempuan seolah-olah kami ni tak ada perasaan... tolongla... kenapa lelaki selalu ingin mencari isteri yang pandai masak, mengurus rumah tangga dan sebagainya... nak cari isteri ke nak cari orang gaji,,, cubala tanya diri tu sendiri... patutla lelaki selalu perut yang naik bila dah kawin... arghh.. bencinya aku...

kenapa kalau lelaki menolong isteri buat kerrja rumah satu benda yang memalukan ke? sedangkan Nabi pun boleh menolong para isteri-isterinya.. inikan kita... bukan kewajipan isteri sebenarnya untuk buat semua tu, hanya sekadar tanggungjawabnya sahaja sebagai isteri yang solehah. aku tau juga ego memang selalu dikaitkan dengan lelaki, ya, aku terima hakikat itu, tapi yang aku tak dapat terima bila teguran seorang perempuan hanya dipandang sepi seolah-olah kami ini tidak layak untuk menegur. zaman apakah sekarang??? martabat wanita sudah diangkat Nabi sejak dahulu lagi... tolongla sedar wahai lelaki... carila ilmu untuk menjadi khalifah kami... 

"Ya Allah, jauhkanlah aku dari hasutan syaitan yang boleh menyesatkan hati aku dari agamaMU" aminnn...

Wednesday 3 August 2011

LANDASKAN PERASAAN KITA PADA 1 CINTA

"Yakinlah, suburnya keimanan, teguhnya kepercayaan dan tulusnya kehambaan adalah kerana wujudnya CINTA". 


CINTA... satu perkataan yang terlalu diagungkan pada masa kini. sebut saja cinta, semestinya akan terbayang sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta, tenggelam dalam perasaan antara 2 insan. tapi, sedarlah semua, jangan disempitkan pemikiran hanya kerana satu perkataan azimat yang dipanggil cinta. cinta adalah satu anugerah yang dikurniakan Allah s.w.t kepada hambaNYA, bukan hanya bagi sepasang kekasih tapi kepada semua golongan. teringat bait-bait lagu nasyid yang sering dimainkan di radio, memang cukup mendalam maknanya kalau kita hayati.


"cinta itu cahaya sanubari,
kurniaan Tuhan fitrah insani,
dan di mana terciptanya cinta,
di situ rindu bermula,
cinta itu tidak pernah meminta,
tetapi memberi sepenuh rela,
rasa bahgia biarpun sengsara,
berkorban segala-gala."


tapi, janganlah sampai tergadai body. lebihkan cinta kita pada yang selayaknya dahulu, hanya ALLAH s.w.t menjadi landasan cinta kita pada segala-galanya.



Ingatlah sabda Rasulullah S.A.W:
"Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia  mengasihi dirinya sendiri."
p/s: mungkin apa yang terjadi pada aku ada hikmahnya... walaupun perasaan cinta yang ada dalam diri aku, hanya sekadar terpendam dalam hati aku saja, tapi aku yakin cinta Allah lebih agung dan adil. hanya dia tahu apa yang terbaik bagi hamba-hambaNYA. Cinta yang tak berbalas, menjadikan aku ikhlas dengan perasaan aku, teguh pada cinta yang satu, walaupun belum pasti itulah tulang rusukku. Menjadi penghalang kepada perkara yang melalaikan. Teguh berpegang pada satu prinsip, Yakin dengan ketentuan ALLAH. 

Tuesday 2 August 2011

CINTA ALLAH TETAP BERSAMA HAMBANYA

Alhamdulilah.. syukur, smalam mrupakan hari yang bahagia untuk aku... mngkin orang lain akan fikir aku bodoh, tapi bagi aku.. aku tak kisah hidup dalam kenangan, kalau itu yang boleh buatkan aku bahagia... btol x??? hehe asalkan kita x bersedih dan melalaikan sudah... islam itu mudah... janganlah kita jadikan ia susah hanya kerana sesuatu perkara yang mudah.. aku yakin.. Tuhan sentiasa sayangkan hambaNYA... aku akan tahu bila cinta itu ada untuk aku... kat sini ada satu misah yang aku copy dari satu laman tentang cinta, moga dapat menjadi contoh dan renungan kita bersama..


Setelah sekian lama hidup dibelenggu rasa cinta nafsu, hidup sebagai remaja yang tidak ada hala tuju matlamat kehidupan. Saya disedarkan oleh Allah SWT dengan hidayah dan limpahan kasih-Nya.
Syukur kehadrat Allah Taala yang selalu mencintai kita dan mengasihi kita. Indahnya juga hidup yang penuh dengan syariat dan landasan hukum dan garisan keimanan. Entah bagaimana lagaknya hidup ini jika terus dilimpahi nafsu yang tidak berkesudahan.
Lumrah kehidupan ingin berkasih sayang. Lumrah sebagai remaja ingin ada pendamping. Tanyalah kepada siapapun, remaja utamanya, apa erti cinta?
Bagi mereka, cinta itu indah. Cinta itu lazat. Pelbagai tafsiran tentang cinta jika ditanya kepada para remaja di luar sana. Begitu da'if pendapat mereka tentang cinta. Saya, salah seorang daripada pencinta yang suatu ketika dahulu hanya memikirkan tentang keseronokan, kesunyian, hiburan dan teman-teman. Tidak ada cinta bersandarkan agama dalam jiwa. Jauh sekali mengingati dengan DIA yang memberikan rasa cinta itu.
Bukan mudah menerima tamparan dalam hidup bagi remaja yang putus cinta. Rasa mahu bunuh diri, menjauhkan diri dari kelompok manusia lain, sehingga terfikir mahu membunuh seseorang!
Inilah penyakit nafsu dan derita hati. Hati dan nafsu tidak bersandarkan akal. Allah SWT telah memberikan kita akal, iaitu salah satu kelebihan yang tidak ada pada hidupan lain. Sebagai manusia, kita sepatutnya menggunakan akal 100% dalam kehidupan. Allah SWT berfirman :
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan (pada) pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal." (Surah Ali 'Imran 3 : 190)
Saya sudah bernikah dengan seorang lelaki yang tidak saya kenali. Setelah putus cinta dengan lelaki yang dahulunya amat saya cintai (cinta yang tidak berlandaskan agama Allah). Saya membuat keputusan untuk bernikah kerana akal. Setelah berfikir dan menganalisis segala dosa dan kesalahan yang pernah saya lakukan, saya menunaikan umrah pada usia yang muda (25 tahun) dan pada waktu itu, tidak ada lain melainkan saya mencari reda Allah SWT dalam cinta yang terlalu saya inginkan. Setelah menunaikan solat hajat beberapa malam berturut-turut dan saya membaca Surah Yaasin beberapa malam berturut-turut (atas nasihat seorang ustaz di kampung halaman, imam masjid yang juga sahabat baik ayahanda tercinta).
Hakikatnya, segala yang kita inginkan dalam dunia ciptaan-Nya ini perlu kita mohon daripada-Nya. Tidak ada kuasa lain yang Maha Memberi kecuali Dia. Saya berdoa bersungguh-sungguh, memohon sebuah cinta yang suci dan tidak berlandaskan nafsu. Kuasa Allah Taala tidak siapa yang tahu.
Saya berkenalan dengan seorang lelaki yang sedang menyambung pelajaran di Australia. Setelah tiga hari berbalas mesej, mesej yang hanya bertanya khabar dan bertanya tentang kerja-kerja dan pelajaran, timbul persoalan tentang perkahwinan. Jawab saya, hanya bonda dan ayahanda bisa menjawab tentang pernikahan. Lalu, dihantar kedua ibu dan bapanya merisik pada Jun 2010. Maka termetrailah ikatan janji pernikahan Disember 2010.
Sekelip mata, zat Yang Esa sangat saya kagumi. Tidak pernah terlintas dalam hati ingin bernikah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Dalam hati berniat, biarlah jalinan cinta terukir setelah ijab dan qabul diucap dan dibalas.
Tidak terkata betapa cerianya saya ketika hari berlangsungnya pernikahan. Tidak sedikitpun hati berdetak ragu dengan cinta dan kasih pemberian Allah Taala ini. Hakikatnya, cinta suci dan halal ini lebih indah untuk kita kecapi.
Saya sebagai insan yang lemah, pernah melakukan dosa dan diri masih dihinggapi noda silam. Saya ingin menyeru kepada semua remaja yang masih belum ada pasangan halal, ketahuilah, cinta sebelum bernikah, yang melanggar prinsip Allah SWT, merupakan jalan hidup yang sia-sia.
Tidak ada konsep cinta kekasih dalam Islam. Jika sahabat-sahabat sekalian seorang yang sangat beriman, dan dapat menjaga batas dalam pergaulan cinta lelaki dan perempuan, tahniah saya ucapkan! Jangan sekali-kali mendekati zina! Biarpun zina hati!
Jika tidak mampu mengikut sunnah dan ajaran Islam dalam memupuk cinta, berhentilah daripada menjalin cinta yang membawa dosa dan noda. Katahuilah, jodoh itu ada dalam tangan Allah SWT. Berdoalah, kerana doa itu senjata terakhir untuk mengubah takdir dan haluan hidup kecuali satu, iaitu MATI.
Percayalah, cinta suci yang sepatutnya kita agungkan selain cinta Allah dan Rasul adalah cinta suami. Ia merupakan cinta agung buat semua wanita dan gadis. Tidak ada dosa, tidak ada haram dalam cinta itu selagi menjadi isteri yang solehah.
Sentuhlah tangannya, PAHALA. Ciumlah pipinya, PAHALA. Layani kehendaknya, PAHALA. Ucapkan kata rindu dan kasih diiringi senyuman mesra, PAHALA. Berlembut suara bermanja, PAHALA!  Apa lagi yang ingin kita cari dalam dunia yang semakin uzur ini, wahai sahabatku, para solehah di luar sana? Bukankah pahala yang kita kejar? Bukankah syurga matlamat kita?
Tidak ada lain melainkan menjadi isteri yang sangat bahagia, itu idaman setiap insan. Dan bagi teruna soleh, gadis impian yang bakal menjadi suri hidup mereka, menjadi bidadari dalam setiap hembusan nafas zikrullah, subhanallah!
Carilah cinta suci dan cinta agung. Jauhilah cinta nafsu, sesungguhnya cinta nafsu itu melahirkan penzina. Ketahuilah, balasan Allah sangat dahsyat bagi dosa penzina.
"Sesungguhnya jahannam itu seburuk-buruk tempat menetapdan tempat kediaman. Dan orang-orang yang apabila membelanjakan(harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah(pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. Danorang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan(alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukanyang demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni)akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekaldalam azab itu, dalam keadaan terhina." (Surah Al-Furqaan : 66-69).
Dan kini, saya bahagia bercinta kali pertama setelah menjadi isteri kepada suami yang sangat memahami. Cinta suci yang kami bina bermatlamatkan syurga. Indahnya bercinta selepas pernikahan. Segala yang dilakukan menjadi halal bagi kami dan pahala buat bekalan di 'sana' nanti. Syukur, sujud dan doa telah Allah kabulkan. Kuasa Allah SWT tidak dapat dilawan. Bercintalah, bercintalah, bercintalah! Bercintalah kerana Allah!