Tuesday 4 October 2011

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah
www.iLuvislam.com
daffodil
Editor : everjihad

Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran

...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria,
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
 aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]

usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap

Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
 sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]

Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa
~
Apakah cinta itu?

Mereka yang tidak menyukainya, menyebutnya tanggungjawab.
Mereka yang bermain dengannya, menyebutnya satu permainan.
Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya satu impian.
Mereka yang mencintai, menyebutnya takdir…

Kekadang Tuhan yang mengetahui yang terbaik,
Akan memberi kesusahan untuk menguji kita…
Kadang Dia pun melukai hati,
Supaya hikmahnya boleh tertanam dalam…

Jika kita kehilangan cinta,
Maka pasti ada alasan disebaliknya,
Alasan yang kadang sulit untuk dimengertikan…
Namun kita tetap harus percaya bahawa,
Ketika Dia mengambil sesuatu,
Dia telah sedia memberi yang lebih baik…

Mengapa menunggu?
Kerana walaupun kita ingin mengambil keputusan,
Kita tidak ingin tergesa- gesa,
Kerana walaupun kita ingin segera,
menemukan orang yang kita cintai,
Kita tidak ingin kehilangan jati diri kita
Dalam proses pencarian itu.
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu…
Jika ingin di cintai, belajarlah mencintai dahulu…

Pada akhirnya,
lebih baik menyintai seseorang yang benar-benar mencintai kita…
Kerana seseorang yang kita cintai belum tentu mencintai kita…

Perlu kita ketahui bahawa bunga tidak mekar dalam waktu semalam,
Kota Rom tidak dibangunkan dalam sehari,
Kehidupan di rajut dalam rahim selama sembilan bulan
Cinta yang agung terus tumbuh selama kehidupan…

Kebanyakan  hal yang indah dalam hidup memerlukan waktu yang lama,
dan penantian kita tidaklah sia- sia…

Thursday 4 August 2011

ARGHHH... LELAKI

Adam diciptakan Allah untuk menjadi khalifah bagi Hawa. aku terima hakikat itu. Tapi, hakikatnya pada zaman sekarang, kenapa terlalu susah untuk aku mencari lelaki yang boleh memegang 'title' khalifah itu. seboleh-bolehnya aku tak nak melaungkan bahawa aku benci pada lelaki. Bukan kerana aku kategori 'lesbian', astagfirullah hal azim.... nauzubillah, mintak simpang.. iman aku masih kuat untuk aku menjadi seperti kaum Nabi Lut. 

Cuma, apa yang menyebabkan aku rasa macam tu sekarang ni membuatkan hati aku seolah-olah menjerit untuk aku mengatakan aku benci lelaki. contoh yang ada depan mata aku mungkin membuatkan aku berperasaan begitu. kenapa nak melayan perempuan seolah-olah kami ni tak ada perasaan... tolongla... kenapa lelaki selalu ingin mencari isteri yang pandai masak, mengurus rumah tangga dan sebagainya... nak cari isteri ke nak cari orang gaji,,, cubala tanya diri tu sendiri... patutla lelaki selalu perut yang naik bila dah kawin... arghh.. bencinya aku...

kenapa kalau lelaki menolong isteri buat kerrja rumah satu benda yang memalukan ke? sedangkan Nabi pun boleh menolong para isteri-isterinya.. inikan kita... bukan kewajipan isteri sebenarnya untuk buat semua tu, hanya sekadar tanggungjawabnya sahaja sebagai isteri yang solehah. aku tau juga ego memang selalu dikaitkan dengan lelaki, ya, aku terima hakikat itu, tapi yang aku tak dapat terima bila teguran seorang perempuan hanya dipandang sepi seolah-olah kami ini tidak layak untuk menegur. zaman apakah sekarang??? martabat wanita sudah diangkat Nabi sejak dahulu lagi... tolongla sedar wahai lelaki... carila ilmu untuk menjadi khalifah kami... 

"Ya Allah, jauhkanlah aku dari hasutan syaitan yang boleh menyesatkan hati aku dari agamaMU" aminnn...

Wednesday 3 August 2011

LANDASKAN PERASAAN KITA PADA 1 CINTA

"Yakinlah, suburnya keimanan, teguhnya kepercayaan dan tulusnya kehambaan adalah kerana wujudnya CINTA". 


CINTA... satu perkataan yang terlalu diagungkan pada masa kini. sebut saja cinta, semestinya akan terbayang sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta, tenggelam dalam perasaan antara 2 insan. tapi, sedarlah semua, jangan disempitkan pemikiran hanya kerana satu perkataan azimat yang dipanggil cinta. cinta adalah satu anugerah yang dikurniakan Allah s.w.t kepada hambaNYA, bukan hanya bagi sepasang kekasih tapi kepada semua golongan. teringat bait-bait lagu nasyid yang sering dimainkan di radio, memang cukup mendalam maknanya kalau kita hayati.


"cinta itu cahaya sanubari,
kurniaan Tuhan fitrah insani,
dan di mana terciptanya cinta,
di situ rindu bermula,
cinta itu tidak pernah meminta,
tetapi memberi sepenuh rela,
rasa bahgia biarpun sengsara,
berkorban segala-gala."


tapi, janganlah sampai tergadai body. lebihkan cinta kita pada yang selayaknya dahulu, hanya ALLAH s.w.t menjadi landasan cinta kita pada segala-galanya.



Ingatlah sabda Rasulullah S.A.W:
"Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia  mengasihi dirinya sendiri."
p/s: mungkin apa yang terjadi pada aku ada hikmahnya... walaupun perasaan cinta yang ada dalam diri aku, hanya sekadar terpendam dalam hati aku saja, tapi aku yakin cinta Allah lebih agung dan adil. hanya dia tahu apa yang terbaik bagi hamba-hambaNYA. Cinta yang tak berbalas, menjadikan aku ikhlas dengan perasaan aku, teguh pada cinta yang satu, walaupun belum pasti itulah tulang rusukku. Menjadi penghalang kepada perkara yang melalaikan. Teguh berpegang pada satu prinsip, Yakin dengan ketentuan ALLAH. 

Tuesday 2 August 2011

CINTA ALLAH TETAP BERSAMA HAMBANYA

Alhamdulilah.. syukur, smalam mrupakan hari yang bahagia untuk aku... mngkin orang lain akan fikir aku bodoh, tapi bagi aku.. aku tak kisah hidup dalam kenangan, kalau itu yang boleh buatkan aku bahagia... btol x??? hehe asalkan kita x bersedih dan melalaikan sudah... islam itu mudah... janganlah kita jadikan ia susah hanya kerana sesuatu perkara yang mudah.. aku yakin.. Tuhan sentiasa sayangkan hambaNYA... aku akan tahu bila cinta itu ada untuk aku... kat sini ada satu misah yang aku copy dari satu laman tentang cinta, moga dapat menjadi contoh dan renungan kita bersama..


Setelah sekian lama hidup dibelenggu rasa cinta nafsu, hidup sebagai remaja yang tidak ada hala tuju matlamat kehidupan. Saya disedarkan oleh Allah SWT dengan hidayah dan limpahan kasih-Nya.
Syukur kehadrat Allah Taala yang selalu mencintai kita dan mengasihi kita. Indahnya juga hidup yang penuh dengan syariat dan landasan hukum dan garisan keimanan. Entah bagaimana lagaknya hidup ini jika terus dilimpahi nafsu yang tidak berkesudahan.
Lumrah kehidupan ingin berkasih sayang. Lumrah sebagai remaja ingin ada pendamping. Tanyalah kepada siapapun, remaja utamanya, apa erti cinta?
Bagi mereka, cinta itu indah. Cinta itu lazat. Pelbagai tafsiran tentang cinta jika ditanya kepada para remaja di luar sana. Begitu da'if pendapat mereka tentang cinta. Saya, salah seorang daripada pencinta yang suatu ketika dahulu hanya memikirkan tentang keseronokan, kesunyian, hiburan dan teman-teman. Tidak ada cinta bersandarkan agama dalam jiwa. Jauh sekali mengingati dengan DIA yang memberikan rasa cinta itu.
Bukan mudah menerima tamparan dalam hidup bagi remaja yang putus cinta. Rasa mahu bunuh diri, menjauhkan diri dari kelompok manusia lain, sehingga terfikir mahu membunuh seseorang!
Inilah penyakit nafsu dan derita hati. Hati dan nafsu tidak bersandarkan akal. Allah SWT telah memberikan kita akal, iaitu salah satu kelebihan yang tidak ada pada hidupan lain. Sebagai manusia, kita sepatutnya menggunakan akal 100% dalam kehidupan. Allah SWT berfirman :
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan (pada) pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal." (Surah Ali 'Imran 3 : 190)
Saya sudah bernikah dengan seorang lelaki yang tidak saya kenali. Setelah putus cinta dengan lelaki yang dahulunya amat saya cintai (cinta yang tidak berlandaskan agama Allah). Saya membuat keputusan untuk bernikah kerana akal. Setelah berfikir dan menganalisis segala dosa dan kesalahan yang pernah saya lakukan, saya menunaikan umrah pada usia yang muda (25 tahun) dan pada waktu itu, tidak ada lain melainkan saya mencari reda Allah SWT dalam cinta yang terlalu saya inginkan. Setelah menunaikan solat hajat beberapa malam berturut-turut dan saya membaca Surah Yaasin beberapa malam berturut-turut (atas nasihat seorang ustaz di kampung halaman, imam masjid yang juga sahabat baik ayahanda tercinta).
Hakikatnya, segala yang kita inginkan dalam dunia ciptaan-Nya ini perlu kita mohon daripada-Nya. Tidak ada kuasa lain yang Maha Memberi kecuali Dia. Saya berdoa bersungguh-sungguh, memohon sebuah cinta yang suci dan tidak berlandaskan nafsu. Kuasa Allah Taala tidak siapa yang tahu.
Saya berkenalan dengan seorang lelaki yang sedang menyambung pelajaran di Australia. Setelah tiga hari berbalas mesej, mesej yang hanya bertanya khabar dan bertanya tentang kerja-kerja dan pelajaran, timbul persoalan tentang perkahwinan. Jawab saya, hanya bonda dan ayahanda bisa menjawab tentang pernikahan. Lalu, dihantar kedua ibu dan bapanya merisik pada Jun 2010. Maka termetrailah ikatan janji pernikahan Disember 2010.
Sekelip mata, zat Yang Esa sangat saya kagumi. Tidak pernah terlintas dalam hati ingin bernikah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Dalam hati berniat, biarlah jalinan cinta terukir setelah ijab dan qabul diucap dan dibalas.
Tidak terkata betapa cerianya saya ketika hari berlangsungnya pernikahan. Tidak sedikitpun hati berdetak ragu dengan cinta dan kasih pemberian Allah Taala ini. Hakikatnya, cinta suci dan halal ini lebih indah untuk kita kecapi.
Saya sebagai insan yang lemah, pernah melakukan dosa dan diri masih dihinggapi noda silam. Saya ingin menyeru kepada semua remaja yang masih belum ada pasangan halal, ketahuilah, cinta sebelum bernikah, yang melanggar prinsip Allah SWT, merupakan jalan hidup yang sia-sia.
Tidak ada konsep cinta kekasih dalam Islam. Jika sahabat-sahabat sekalian seorang yang sangat beriman, dan dapat menjaga batas dalam pergaulan cinta lelaki dan perempuan, tahniah saya ucapkan! Jangan sekali-kali mendekati zina! Biarpun zina hati!
Jika tidak mampu mengikut sunnah dan ajaran Islam dalam memupuk cinta, berhentilah daripada menjalin cinta yang membawa dosa dan noda. Katahuilah, jodoh itu ada dalam tangan Allah SWT. Berdoalah, kerana doa itu senjata terakhir untuk mengubah takdir dan haluan hidup kecuali satu, iaitu MATI.
Percayalah, cinta suci yang sepatutnya kita agungkan selain cinta Allah dan Rasul adalah cinta suami. Ia merupakan cinta agung buat semua wanita dan gadis. Tidak ada dosa, tidak ada haram dalam cinta itu selagi menjadi isteri yang solehah.
Sentuhlah tangannya, PAHALA. Ciumlah pipinya, PAHALA. Layani kehendaknya, PAHALA. Ucapkan kata rindu dan kasih diiringi senyuman mesra, PAHALA. Berlembut suara bermanja, PAHALA!  Apa lagi yang ingin kita cari dalam dunia yang semakin uzur ini, wahai sahabatku, para solehah di luar sana? Bukankah pahala yang kita kejar? Bukankah syurga matlamat kita?
Tidak ada lain melainkan menjadi isteri yang sangat bahagia, itu idaman setiap insan. Dan bagi teruna soleh, gadis impian yang bakal menjadi suri hidup mereka, menjadi bidadari dalam setiap hembusan nafas zikrullah, subhanallah!
Carilah cinta suci dan cinta agung. Jauhilah cinta nafsu, sesungguhnya cinta nafsu itu melahirkan penzina. Ketahuilah, balasan Allah sangat dahsyat bagi dosa penzina.
"Sesungguhnya jahannam itu seburuk-buruk tempat menetapdan tempat kediaman. Dan orang-orang yang apabila membelanjakan(harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah(pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. Danorang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan(alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukanyang demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni)akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekaldalam azab itu, dalam keadaan terhina." (Surah Al-Furqaan : 66-69).
Dan kini, saya bahagia bercinta kali pertama setelah menjadi isteri kepada suami yang sangat memahami. Cinta suci yang kami bina bermatlamatkan syurga. Indahnya bercinta selepas pernikahan. Segala yang dilakukan menjadi halal bagi kami dan pahala buat bekalan di 'sana' nanti. Syukur, sujud dan doa telah Allah kabulkan. Kuasa Allah SWT tidak dapat dilawan. Bercintalah, bercintalah, bercintalah! Bercintalah kerana Allah!

Sunday 31 July 2011

AHLAN YA RAMADHAN...

ahlan ya ramadhan.... alhamdulillah, tahun ni sempat lagi aku berjumpa ramadhan... diharapkan smoga Ramadhan kali ini akan membawa keberkatan kepada kita... smga sma-sma kita mengambil pluang untuk meningkatkan amlan dan upgrate kan iman slalu.,, brula phala sntiasa topup.. kn... hehe

bila masuk puasa tahun ni.. teringat plak aku zaman dolu-dolu... kali ni terasa kesunyian dalam hati aku... cket la walaupun, luka tu aku cuba untuk tutup seboleh bolehnya... ntahla.. smalam aku yakin, hari ni aku mula goyah... mungkin itu satu ptunjuk aku perlu melakukan perubahan.. mungkin..... siapa tahu... ermmmm..... tunggu dan lihat... yang penting.. aku ada ALLAH.... (^_^)

Saturday 30 July 2011

kisah hati

dah lama aku tak bukak blog aku ni... dh bersarang sampai leh lupa password...haha(mmg aku ni pelupa pun) macam-macam crite aku rasa nk kgsi dlm blog aku ni... tp ble time aku nk menaip sume idea xnk kluar... ntah malu ke apa ntah...aduhhh ape da.. mmg xda bkat jd pnulis la klu dh cmni... huhu

sebab aku tak bajet sesapa pun nk tgok blog aku ni... so, jdilah blog ni sbgai laman aku nk meluahkan rasa hati aku... xkisah la apa org nk kata kn (^_^) 1st kisah hati yang aku nk kgsi dan kira ni la yang nk keluar dri kepala hotak aku ni cuma, aku nk wat kyataan yang aku sndiri kdg2 xfaham apa yang aku nk... hehe xpecially dl kes CINTA la kn... aku pernah bercinta, 2 kali.. kali pertama "NO".. he's not the right guy... kali ke-2 dan mungkin yang terakhir.. he's the one for me... itu kata aku la... tp aku tak tau apa yang tertulis dlam takdir aku... tetap putus di tengah jalan... salah siapa???? ntahla.. klu tya aku.. aku tak nak cari kesalahan siapa cuma kenapa dan mengapa.... tp, bila aku fikir2 blik, perlu ke aku fikir semua 2??? xkisahla berapa kali hati aku menidakkan.. akal  aku tetap xbleh berpaling pada pintu yang dh tutup 2.... cinta aku akan tetap ada untuk dia smpailah saat aku pasti aku bkn untuk dia lagi... jgan risau... aku bukan inginkan balasan... cuma biarkan hati aku mencintaimu... ikhlas dari cahaya_malam

Saturday 30 April 2011

doaku di malam ini...

Ya Allah…
aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
karena Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah maklukMu yang takut singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,
maka, aku meminta padamu seorang yang tak sempurna ya Rabb, sehingga ia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya karenaMu…
Seseorang yang kan kusayangi karena kelembutan hatinya.
Seseorang yang kan kucintai karena KEINDAHAN AKHLAKNYA.
Seseorang yang kan kukasihi karena kehalusan budinya.
Seseorang yang kan kukagumi karena kesantunan sikapnya.
Seseorang yang kan kupuja karena kerendahan hati dan kesederhanaannya.
Seseorang yang mau menerimaku setulus hatinya…
yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba…
Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila ia bersedih
seseorang yang kan ku seka air matanya ketika dia menangis
seseorang yang kan ku jadikan pundakku tempatnya bersandar saat dia lelah
seseorang yang kan ku dengar seksama segala kesahnya
seseorang yang kan mempertaruhkan nyawanya demi menjaga kehormatanku
seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…
yang kan slalu kujanjikan membersamainya hingga malaikat maut menjemputku tiba…
Ya Rabb…
wahai Tuhan yang memegang rahasia segala sesuatu,
jadikanlah aku ridha terhadap apa-apa yang Engkau tetapkan dan jadikan barokah apa-apa yang Engkau takdirkan, sehingga tak ingin ku menyegerakan apa-apa yang masih Engkau tunda, atau menunda apa-apa yang Engkau segerakan…
wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
andai Engkau berkehendak lain,
sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
maka jadikanlah kehendakMu… bukan kehendakku…
sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui,
takdirkanlah kebaikan bagiku dimanapun adanya, dan jadikanlah hatiku meridhainya…
assalamualaikum..... pertamanya, aku bukanlah penulis professional, hanya sekadar meluahkan apa yang terpendam di dalam hati sebagai pengubat kesunyian dan rasa hati yang tak terluahkan pada sesiapa... tengah-tengah aku mencari idea untuk menyiapkan 'assignment' aku malam ni, aku terjumpa ayat atau bagi aku satu doa yang benar-benar menyentuh hati aku.... hampir juga menitis air mataku... semoga aku redha dengan setiap ujian yang KAU beri padaku YA ALLAH.... 
kadang-kadang aku terasa hidup aku betul-betul kosong, sunyi sangat.... mujurlah aku ada ALLAH sebagai tempat untuk ku mengadu.. tetapi, aku sebagai manusia biasa, kadang-kadang tewas dalam mengendalikan perasaanku... YA ALLAH, kuatkanlah semangatku untuk terus bangkit keranaMU..  

Sunday 24 April 2011

di kala rasa lemah itu menjengah

assalamualaikum..... kat sini, sy ada 1 artikel yg ingin dikgsi, mungkin boleh dijadikan sbgai renungan sebab kdg2, kita ni sbgai manusia terlalu lemah apabila ditmpa sesuatu musibah... tapi bg saya, yg pnting kita yakin Allah tetap ada sbgai tempat mgadu...(^_^)


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Memang, rasa lemah itu kadangkala menyapa diri.
Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur.
Terkadang, cukup satu ujian yang menerpa. Namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah.
Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, alhamdulillah.
Namun, kadang-kadang kejatuhan yang kita alami itu seakan-akan merenggut segala daya dan upaya kita. Tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang semacam tiada.
Lalu, masihkah ada sinar harapan buat kita bangkit kembali?
Bagaimana kita menyingkapinya?
Saya percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya.
Benar. Memang tidak dapat dinafikan. Saya pun pernah berada dalam kondisi itu. Di kala, kata-kata motivasi yang kita sering laung-laungkan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak punya kesan terhadap diri. Keyakinan yang selama kita ini kita pegang pun mampu tergoyah kembali.
Maka di sini, kita dapat melihat kepentingan saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan kesabaran, yang ditekankanNya melalui surah al-Asr.
Seringkali, kata-kata tulus mereka itu jualah yang menyembuhkan semangat diri.
Namun bukan itu yang saya mahu sentuh di sini. Dalam konteks diri kita sendiri, bagaimana seharusnya kita berdepan dengan ujian itu. Bagaimanakah caranya untuk kita memotivasikan diri sendiri?
Ok. Perkara ini kita perlu faham dengan jelas, supaya tatkala kita diuji nanti mudah-mudahan perkongsian ini turut mampu membangkitkan kita kembali.
Mulakanlah dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa jua perkara.
Bersangka baiklah.
Yakinlah, Dia tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti punya hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - [Surah Al-Baqarah, 2: 216]
Kemudian, sertai kepositifan tadi (bersangka baik) dengan bersabar. Inallaha ma'as sobirin. Kerana sesungguhnya, Allah itu berserta dengan mereka yang sabar.
Sabar.
Dan kelak, kesabaranmu itu pasti akan membuahkan hasil yang bermanfaat. Agar kemudiannya kau dapat merenung kembali hikmah yang Dia susunkan itu, sambil dirimu tersenyum.
Kesilapan kita.
Ada masa kita silap.
Kita rasakan yang kita ini sudah cukup kuat, bagaikan kita ini telah kebal dari sebarang titik-titik kelemahan.
Terkadang, kita rasakan bahawa kita mampu berdiri sendiri sehinggakan kita fikir semua ujian yang datang kepada kita itu, mampu untuk kita selesaikan seorang diri.
Tidak. Saya tidak salahkan kemahuan kita untuk hidup berdikari.
Namun, kita sering lupa bahawa hakikatnya, kita ini hanyalah makhlukNya yang serba lemah dan kekurangan. Mampukah kita menanggung semua ujian itu dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan?
"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah." - [Surah An-Nisa', 4: 32]
Ya. Manusia itu sifatnya tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya; jika tidak dia memperoleh kekuatan itu dari Allah.
Bukankah ujian itu datangnya dari Allah? Maka, kepada siapa lagi harus kita kembalikan jika tidak kepada Dia Yang Maha Kuasa?
Namun, silapnya pada kita.
Kita sering menyombongkan diri untuk bersimpuh memohon pertolonganNya.
Kita merasakan diri kita sudah lengkap sempurna. Kuat, berkuasa.
Sedangkan hakikatnya, kita sedikit tidak punya daya jika Dia tidak mengizinkannya.
Wujudnya saat muhasabah.
Manusia jarang sekali mahu bermuhasabah diri. Tatkala disentap dengan ujian yang berat barulah wujud saat mereka kembali berfikir apakah salah silap mereka selama ini. Itupun jikalau mereka sedar.
Maka, salah satu hikmah dari ujian adalah wujudnya masa kita untuk bermuhasabah.
Masa untuk kita merenung kembali sejauh mana kehidupan ini telah dibawa.
Adakah kita masih berada pada landasan yang benar?
Hikmah dari muhasabah ini akan membawa kita melihat dan memikirkan pula hikmah-hikmah yang lain dari ujian tadi.
Baik.
Apakah hikmah yang ingin Dia tunjukkan kepada kita melaluinya?
Manusia itu selalu bersifat lupa diri tatkala diberi nikmat. Namun, tatkala kita diuji dengan sedemikian rupa, barulah kita bersegara kembali mencariNya. Sungguh-sungguh kita mohon padaNya agar dipermudahkan segala kesulitan yang ada. Sedang selama ini, hendak mengingatiNya sebentar pun terasa berat. Astagfirullah, hamba jenis apakah kita ini?
"Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdo'a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan." - [Surah Yunus, 10: 12]
Maka, di situ punya hikmah untuk sama-sama kita renungkan.
Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian yang menimpa kita.
Dia mahu kita kembali kepadaNya.
Dia mahu kita selamat di 'sana'.
Dia mahu kita merenung sebentar dan bermuhasabah kembali.
Sekarang, jawab dengan hati kita. . .
Benarkah selama ini kita telah meletakkan Dia sebagai matlamat hidup kita?
Atau tanpa sedar kita meletakkan perkara-perkara lain (nikmat-nikmat yang Dia tarik itu mungkin) sebagai tujuan hidup yang mesti kita capai?
Benarkah kita telah meletakkan pergantungan kita sepenuhnya kepadaNya?
Atau mungkin, kita meletakkan pergantungan kita kepada 'tuhan-tuhan' lain (manusia-manusia lain atau diri sendiri) lebih, berbanding Dia Yang Maha Sempurna?
Moga-moga, hati-hati yang bersih itu mampu memberikan jawapan yang jujur.
Kerana saya yakin, pasti semua tahu, bahawa apabila kita sudah mengakui Allah itu sebagai Tuhan kita, seharusnya hanya Dialah yang menjadi matlamat utama hidup kita. Dan hanya kepadaNya jualah tempat kita bergantung segala.
Dan perkara-perkara lain yang 'terkorban' (ketika diuji) itu, tidak lain hanyalah salah satu kurnia dariNya dan juga sebagai ujian pembuktian keimanan manusia.
Seharusnya ia tidak mampu menggoyah matlamat hidup serta keyakinan kita.
Selama ini, adakah itu cara kita melihat?
Penutup: Kembali sedar matlamat dan peranan hidup
Kembalilah menapak bersama matlamat dan hala tuju yang jelas.
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepadaKu." - [Surah Ad-Dzariyat, 51: 56]
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, 'Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?' Dia berfirman, 'Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'" - [Surah Al-Baqarah, 2: 30]
Manusia itu seharusnya sedar, bahawa tujuan dia tercipta di muka bumi ini adalah untuk menghambakan diri kepadaNya (melaksanakan tanggungjawab dan perintahNya, serta meninggalkan laranganNya).
Manusia itu sewajarnya sedar peranan yang perlu dia mainkan di muka bumi ini ialah sebagai khalifah; yakni dengan memakmurkan muka bumi, serta membawa manusia kembali kepada Allah, satu-satunya 'Illah' (Tuhan) seluruh semesta.
Setelah kesedaran, kefahaman, dan keyakinan tadi mendasar, semua permasalahan tadi pasti akan tampak lebih mudah. InshaAllah.
Wajar sahaja kita merasa sedih tatkala diuji, kerana itu merupakan lumrah seorang manusia. Namun, amatlah tidak wajar untuk kita merasa kecewa dan berputus asa. Sekaligus, kita tidak akan sesekali memanjangkan kesedihan yang dirasa.
Ya. Ia adalah atas keyakinan kita bahawa Allah itu Tuhan yang menciptakan segala.
Memperhambakan diri kepadaNya merupakan tujuan hidup kita.
Dan pasti, Dia tidak menciptakan sesuatu sia-sia, melainkan ada hikmahnya.
Jika kita sudah sedar akan perkara ini, maknanya, hikmah dari ujian itu seharusnya sudah nampak. Kebangkitan yang ditunggukan-tunggukan itu juga seharusnya sudah dimulakan langkahnya.
Wahai diri,
Kali ini. . .
Letakkan Dia 'bersama' ketika kamu menapak.
Dan pasti, jalan penyelesaian itu akan mula kelihatan.
" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah At-Talaq, 65: 2-3]